Laman Utama

  UNIUTAMA PROPERTY SDN. BHD. (UPSB)  ditubuhkan pada  14 Mac  2004  bagi  menguruskan  urusan berkaitan hartanah dan penyenggaraan di Universiti Utara Malaysia. Ia ditubuhkan  dengan   modal  berbayar  sebanyak   RM 5,000,000.00.

UPSB merupakan  salah  satu  daripada subsidiari  Uniutama Management  Holdings Sdn.Bhd. (UMHSB) yang  dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam projek perintis ini,  UPSB merupakan salah satu anak syarikat milik universiti pengajian tempatan awam  yang menjalankan kerja-kerja penyenggaraannya sendiri.  Ia mempunyai prospek perniagaan yang luas dan berdaya saing dalam era perniagaan globalisasi ini.

Kini, operasi utama UPSB tertumpu kepada kontrak kerja-kerja  penyenggaraan  pertanian-perhutanan-landskap dan perkhidmatan pembersihan  yang meliputi hampir  keseluruhan infrastruktur  kampus induk Universiti Utara Malaysia dan beberapa agensi luar.

Berdasarkan pengalaman dan keupayaan UPSB menyenggarakan UUM  dengan cemerlang, UPSB berkeyakinan dan berkemampuan untuk mengembangkan sayap perniagaan dan bersaing dengan dunia luar. Melalui sokongan padu dan kerjasama baik daripada semua berhasrat agar dapat mengembangkan sayap perniagaannya dan bersaing sejajar dengan visi UPSB untuk menjadi yang terbaik dalam pengurusan fasiliti kampus di antara semua IPTA dalam Malaysia.

Leave a Reply