Pengenalan

The Universiti Inn (TUI) merupakan hotel yang berkonsepkan Apartmen dan lokasinya terletak di dalam kehijauan alam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.

TUI telah memulakan operasi perhotelan di awal tahun 2000 dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (MAH), serta mempunyai sebanyak 88 bilik penyewaan secara harian mahupun secara bulanan. Bagi menampung kapasiti juga permintaan yang tinggi daripada pelajar, TUI menawarkan bilik penginapan secara bulanan kepada setiap pelajar antarabangsa yang ingin menyambung pengajian di UUM untuk kemudahan dan keselesaan setiap pelajar.

Selain daripada menjadi Agensi penginapan yang merangkumi tempahan seperti Homestay dan Motel di sekitar Bandar Changloon. TUI turut menawarkan pelbagai aktiviti pakej di dalam kampus UUM seperti Kem Jati Diri dan Kem Motivasi Pelajar bagi menerokai sepenuhnya ‘Rimba Hijau’ di bumi Sintok ini. Bagi menjayakan setiap ekspedisi program, TUI telah melantik seorang pelatih yang berpengalaman untuk pandu arah serta pemantauan aktiviti program bagi melatih dan membentuk setiap pelajar ke arah kecemerlangan diri termasuk Emosi dan Rohani.

Perkhidmatan

Sewaan bilik penginapan

Tempahan homestay dan motel sekitar Changlun

Agensi penginapan dan aktiviti untuk para pelajar

Pakej aktiviti seperti Kem Jati Diri dan Motivasi Pelajar

Galeri

IBU PEJABAT

Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok Kedah

HUBUNGI KAMI

(04) 924-4545

EMEL

uttsb@uum.edu.my